“Lebih 2 juta pelajar mempercayai plagiarismchecker.net untuk memastikan hasil kerja mereka bebas daripada plagiarisme”.

Universiti-universiti dan institusi – institusi pengajian amat tegas tentang  plagiarisme , dan jika anda memetik hasil tulisan orang lain dalam tulisan anda tanpa memberi rujukan yang sepatutnya, anda mungkin dibuang dari kursus, atau lebih teruk lagi, anda dibuang dari universiti.

plagiarismchecker.net adalah penyemak bebas plagiarisme yang membolehkan anda membandingkan esei, disertasi dan kerja kursus milik anda dengan jutaan laman web, jurnal, buku dan kertas kerja elektronik  atas talian yang ditulis oleh pelajar lain dengan satu langkah mudah.

plagiarismchecker.net menyemak

  • 14 bilion lebih laman web
  • 2 juta lebih kertas kerja pelajar
  • Ribuan terbitan terkenal termasuk penerbit buku teks, pelbagai pangkalan data jurnal, buku, akhbar dan majalah elektronik.

plagiarismchecker.net adalah selamat, dijamin dan dipercayai oleh jutaan pelajar, pengajar dan institusi – institusi di seluruh dunia. Paling hebat, plagiarismchecker.net adalah percuma.

Untuk menggunakan plagiarismchecker.net, cuma muat turun perisiannya dan daftar untuk satu akaun percuma (ia hanya mengambil masa beberapa saat). Kemudian muatkan dokumen anda ke plagiarismchecker.net dan klik untuk mengimbas.  Ianya semudah itu!

Muat turun plagiarismchecker.net sekarang>

 (?) Bagaimana pengesan plagiarisme anda berfungsi?

plagiarismchecker.net adalah suatu perisian bebas plagiarisme dengan perantara yang mudah. Ia membantu anda untuk memuatkan satu atau beberapa dokumen untuk  semakan dengan segera dari komputer anda. Perisian ini menyokong pelbagai jenis dokumen , termasuk fail daripada perisian pejabat yang terkenal, dokumen powerpoint and pdf.

Apabila anda sudah memuatkan dokumen anda, pengimbasan akan selesai selepas beberapa minit. Anda akan dapat melihat sebarang persamaan kandungan dan membandingkannya sebelah-menyebelah dengan hasil kerja anda*.Tidak seperti  pengimbas lain, anda dapat melihat dengan tepat dari mana sumber persamaan kandungan itu – jadi anda dapat memperbetulkan mana-mana rujukan yang tertinggal. Keputusannya dikumpul dalam satu laporan yang boleh disimpan atau dikongsikan jika anda mahu.

Anda boleh mengimbas dokumen anda seberapa banyak kali  yang anda suka, tanpa mengira saiz dokumen, ia membolehkan anda untuk membuat rujukan dan menyemak hasil kerja anda berkali-kali. Anda juga boleh mengimbas sekerap mana yang anda suka – pengunaanya sama sekali tidak terhad.

*Jika esei anda mempunyai persamaan dengan esei pelajar lain, kami tidak menunjukkan esei pelajar tersebut atas sebab menjaga kerahsiaan – sebaliknya, kami menunjukkan peratusan yang mempunyai persamaan.

Muat turun plagiarismchecker.net sekarang>

 (?) Mengapa plagiarismchecker.net lebih baik daripada pengimbas lain?

  • Ia percuma
  • Ia benar-benar berkesan – cubalah!
  • Semua pengemaskinian adalah percuma
  • Anda boleh mengimbas sebanyak mana dokumen yang anda suka, tanpa mengira saiznya.
  • Anda boleh mengimbas pelbagai jenis dokumen.
  • Anda boleh mengimbas dan mengulang imbas dokumen yang sama sekerap yang anda mahu.
  • Ia menyemak jutaan laman web, kertas kerja dan terbitan termasuklah 2 juta lebih dokumen yang tidak dapat dicapai oleh pengimbas lain.
  • Ia menggunakan teknologi .net yang digunakan hanya untuk pengimbas atas talian dangan ketepatan yang unggul.
  • Selain dapat melihat sama ada kerja anda mempunyai persamaan kandungan dengan suatu sumber, anda juga dapat melihat sumber tersebut dan kandungan dalam konteks yang mempunyai persamaan, tidak seperti pengimbas lain.
  • Kami tidak mengambil esei anda dan menjualnya seperti yang dilakukan oleh syarikat LAIN yang kononnya menawarkan pengimbasan ‘percuma’ .
  • Kami  tida membuang masa anda dengan gimik seperti semakan ejaan dan tatabahasa yang mana anda boleh lakukan sendiri dengan mudah menggunakan perisian Word anda.
  • Ia dicipta oleh sebuah syarikat berdaftar yang dipercayai, yang berpangkalan  di United Kingdom (sila baca lebih lanjut tentang kami di bawah)

Muat turun plagiarismchecker.net sekarang>

 (?) Apakah bahasa yang disokong oleh plagiarismchecker.net?

plagiarismchecker.net berkesan mengimbas  dokumen yang ditulis dalam mana-mana bahasa yang menggunakan abjad Latin. Kami tidak menjamin keberkesanan plagiarismchecker.net apabila digunakan pada dokumen yang ditranskripsi menggunakan lain-lain sistem tulisan.

 (?) Adakah pengimbas plagiarisme plagiarismchecker.net selamat?

Pengimbas plagiarisme plagiarismchecker.netadalah cepat, selamat dan dijamin. Selepas anda menimbas, kami akan menyimpan kerja anda dengan selamat di dalam pangkalan data kami untuk tujuan perbandingan dengan imbasan lain di masa hadapan. Sekiranya ada pengguna lain yang  mengimbas suatu dokumen dan ia mempunyai padanan dengan dokumen anda, mereka tidak akan melihat hasil kerja anda – mereka hanya melihat peratusan persamaan hasil kerja mereka dengan hasil kerja anda sahaja. Anda boleh membaca lebih lanjut tentang bagaimana  kami menyimpan dan memproses hasil kerja anda dalam laman web utama kami.

Muat turun plagiarismchecker.net sekarang>

 (?) Siapa yang mencipta plagiarismchecker.net?

Pengesan plagiarisme plagiarismchecker.net  telah dibangunkan oleh sebuah syarikat pembekal perkhidmatan pendidikan United Kingdom, All Answer Limited, yang pada asalnya untuk kegunaan dalaman pasukannya.  plagiarismchecker.net adalah syarikat United Kingdom yang ditubuhkan dan didaftarkan (No. Pendaftaran: , No. Pendaftaran VAT: ), dilesenkan di bawah Akta Kredit Pengguna (No. lesen: ) dan Pegawal Data Berdaftar (No: ).

Apabila plagiarismchecker.net memilih untuk berkongsi perisian ini dengan para pelajar dan penyelidik, sambutan yang diterima amat memberansangkan. Dan plagiarismchecker.net terpaksa diolah semula kejuruteraannya untuk memenuhi lebihan permintaan. Kini, plagiarismchecker.net adalah satu daripada pilihan utama dunia untuk pengesan plagiarisme dengan pengaruh besar di seluruh  Amerika Syarikat, United Kingdom, Malaysia, India, Pakistan, Kanada,  Belanda, Ireland, Republik Dominika, Singapura, Brazil, Sri Lanka, Emiriah Arab Bersatu, Hong Kong, Sepanyol, Indonesia, Australia, Jerman, Peranchis dan Arab Saudi.

Pasukan plagiarismchecker.net juga menyediakan perkhidmatan profesional untuk penandaan, penyuntingan dan semakan bahasa oleh pensyarah berkelayakan yang berpengalaman dalam membantu pelajar mengecap pencapaian yang lebih baik di peringkat prasiswazah dan pascasiswazah.

Muat turun plagiarismchecker.net sekarang>| Cari maklumat lanjut tentang semakan bahasa, penandaan dan penyuntingan>

 (?) Adakah anda bekerjasama dengan universiti-universiti?

Ya, kami menawarkan lesen khas berbayar – ini selalunya digunakan oleh para pengajar dan institusi- institusi pengajian yang ingin mencari  alternatif yang lebih realistik dan berpatutan berbanding pesaing kami di pasaran iaitu turnitin. Terma dan syarat untuk lesen-lesen ini boleh disesuaikan mengikut keperluan individu pengguna  oleh itu ia lebih menarik daripada terma dan syarat yang membebankan yang di tuntut oleh syarikat lain.

Kami boleh menggabungkan kumpulan dokumen milik para pengajar dan universiti (contohnya esei-esei yang terdahulu) dalam pengimbas, dan dokumen-dokumen ini disimpan dengan selamat untuk kegunaan pengguna dan perbandingan sahaja.

Hubungi kami >